Pengenalan
Yayasan Ar-Ri’ayah merupakan suatu inisiatif badan bukan kerajaan (NGO) untuk menjadi salah satu penyumbang utama di dalam pembangunan dan kemajuan Pendidikan Islam di Malaysia secara holistik dan sejagat.
Yayasan ini diasaskan oleh tokoh ilmuwan Islam Malaysia iaitu Habib Ali Zaenal Abidin
Bin Abu Bakar Al-Hamid dan telah berjaya didaftarkan pada 5 Disember 2017 di bawah Akta Pemegang Amanah (Perbadanan) 1952 (Akta 258), Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri.
Yayasan Ar-Ri’ayah telah diberi nama oleh ‘ulama tersohor dunia, Al-‘Allamah Al-Habib Umar Bin Muhammad Bin Salim Bin Hafidz yang juga pengasas institut Pengajian Tinggi Darul Musthofa, Tarim, Hadramaut, Yaman. Perkataan “Ar-Ri’ayah” berasal daripada Bahasa Arab yang membawa maksud “Naungan”, selaras dengan hasrat Yayasan untuk menaungi segenap usaha dalam pembangunan pendidikan dan dakwah di Malaysia.

PENGASAS YAYASAN
Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al-Hamid
Tan Sri Syed Hamid bin Syed Jaafar Albar
AHLI-AHLI LEMBAGA
PEMEGANG AMANAH
MAJLIS PENASIHAT AGAMA
MAJLIS PENASIHAT KORPORAT
Visi
Menjadi sebuah badan organisasi yang cemerlang dalam menyediakan peluang pendidikan berkualiti dan bertaraf antarabangsa menjelang tahun 2030.
Misi
Menyediakan aktiviti, bantuan serta kemudahan pendidikan yang berkualiti dalam membangunkan potensi umat Islam demi memenuhi aspirasi agama, bangsa dan negara.
Objektif
- Menjalankan aktiviti pendidikan secara percuma seperti majlis-majlis ilmu terbuka kepada segenap lapisan masyarakat di Malaysia tanpa mengira bangsa dan warna kulit, daripada golongan kanak-kanak hingga dewasa bagi memenuhi tuntutan fardhu ‘ain dan kifayah umat Islam.
- Menganjurkan kelas-kelas pengajian secara percuma kepada golongan pelajar di institut pengajian tinggi (IPT) dan lain-lain dalam usaha melahirkan generasi pelajar ilmu
berkualiti yang akan berkhidmat kepada agama dan masyarakat. - Meningkatkan taraf pendidikan dan kemahiran dalam kalangan pelajar sekolah agama/tahfiz yang kurang berkemampuan.
- Menganjurkan kursus kemahiran dan pengurusan kepada guru-guru sekolah agama/tahfiz bagi meningkatkan kualiti kerja dan potensi diri sebagai seorang pendidik.
- Mengumpul, mentadbir dan menyalurkan dana untuk aktiviti-aktiviti yayasan bagi semua peringkat lapisan masyarakat awam, sekolah, institut pengajian tinggi dan badan-badan Berkaitan.