PENGENALAN

Merupakan sebuah inisiatif strategik Yayasan Ar-Ri’ayah bertujuan menyediakan tajaan, bantuan dan kemudahan pendidikan untuk membangunkan potensi umat Islam daripada akar umbi demi memenuhi aspirasi agama, bangsa dan negara.
Sasaran utama tabung pendidikan ini adalah untuk dimanfaatkan kepada pelajar, guru dan kakitangan institusi di bawah naungan Yayasan Ar-Ri’ayah iaitu merangkumi 80% daripada hasil kutipan tabung manakala 20% lagi untuk dimanfaatkan kepada institusi luar bertujuan membina hubungan baik dan meluaskan aktiviti Yayasan Ar-Ri’ayah. Sebuah jawatankuasa telah ditubuhkan bagi mengendalikan tabung Pendidikan ini yang dikenali sebagai Jawatankuasa Tabung Pendidikan Yayasan Ar-Ri’ayah.

Tabung pendidikan ini diharapkan dapat membantu meringankan beban yuran kepada keluarga pelajar yang kurang berkemampuan dan menggalakkan lebih ramai pelajar supaya meningkatkan prestasi akademik untuk mendapatkan dermasiswa atau biasiswa di peringkat pengajian tinggi. Selain itu dengan bantuan yang akan diberikan, diharapkan dapat membina generasi pelapis daripada pelajar-pelajar di bawah institusi Yayasan Ar-Ri’ayah yang akan berkhidmat kembali jika diperlukan di masa akan datang.

JENIS BANTUAN TABUNG PENDIDIKAN

Bantuan/Tajaan Yuran Madrasah

Bantuan “one-off” Bersasar

Bantuan Insentif Guru Dan Kakitangan Madrasah

Dermasiswa Pengajian Tinggi