
PENGENALAN PROJEK
Projek pembangunan yang dicadangkan ini adalah bertujuan untuk meningkatkan produktiviti pengajaran dan pembelajaran dan seterusnya memberi kesinambungan kepada objektif yayasan ini. Kedudukan pihak pentadbiran yayasan dan madrasah-madrasah yang terpisah di antara satu sama lain telah menyebabkan kos-kos yang ditanggung oleh yayasan menjadi tidak efisien dan besar. Pada ketika ini, semua aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah tidak berpusat dan masing-masing bertempat di kawasan yang agak jauh diantara satu sama lain iaitu di Kuala Lumpur, Ampang dan Batang Kali. Bagi menjadikan kesemua aktiviti-aktiviti ini dapat dijalankan di bawah satu bumbung dan satu pengurusan supaya ia lebih efisien dan efektif, Yayasan Ar-Riayah telah bercadang dan membuat pelan pelaksanaan untuk membina sebuah pusat yang akan menggabungkan kesemua aktiviti tersebut.
Kronologi Pembangunan
KUTIPAN TERKINI (Fasa 1)
Jumlah yang diperlukan bagi Fasa 1: RM 11 Juta.
Dana yang masih diperlukan : RM7.00 Juta
Tentunya pembinaan ini tidak berjaya tanpa iringan doa dan sokongan serta sumbangan pihak Tuan/Puan. Semoga setiap usaha yang dihulurkan menjadi asbab kejayaan dunia dan akhirat serta diberi Allah sebaik-baik ganjaran.











